Tuesday, 20 February 2018

Cuti-Cuti Ke Utara... Februari 2018

Hari Pertama

Tahun Baru Cina  !...masa sesuai utk jln-jln bawak keluarga, maklumlah susah cari masa yg sesuai utk jln-jln  ..plan cuti ke utara.Penat kerja ..sesekali kena rawat ..dengan bersama alam sekitar ..
Kemana ? Dalam fikiran tak pasti bergantung kepada keadaan 'highway..lah '..

Kalau sesak highway ..dan susah sangat ..ke Melaka  ..mana yg boleh.

Bayangkan keluar pukul 9.30 pgi..jln sudah jam di jln Tol Kempas ! Boleh tak sampai ni ?

Alhamdullilah..sampai juga di KL ...sekitar pukul 3.00 ptg...Perhentian Sg Buloh..


Cuti -cuti ke utara ...tapi tak tau nak sampai mane 


 " Jumaat 16/2/2018 ..jam 9.30 pgi bertolak drp JB..harap-harap highway OK "


Di Perhentian R&R Sg Buloh..yg unik pada pandangan ku...


Alhamdullilah...sekitar 5 ptg ..kira dah masuk ke area Utara...
Nampak highway ...ada sesekali jam..biasalah di mana-mana..!


Sekitar pukul 8 mlm ...masuk ke Pulau Pinang melalui
Jambatan Kedua ...wooo panjang juga jambatan kedua ni
Agak lengang masa ni ....

Setelah ronda-ronda sekitar bandar ...maklumlah kali terakhir dtg pulau ni sekitar tahun 1982 !
Lama dah...masa tu naik feri ...ingatlah..

Dah mlm carilah tempat tido ...Alhamdulilah ..dapat menginap di Hotel Burmahtel ..nasib baik dapat kalau tak tido di Masjidlah !!!

Hari Ke 2

Pagi Sabtu.(17/2/2018).ronda-rondalah sekitar Penang..terutama sekitar Pantai Ferringi tu..hingga pukul 11 pagi..



Ronda-ronda sekitar Penang dan menuju ke pantai Batu Ferringi...





Bersama isteri dan anak-anak di pantai Batu Ferringi Pulau Pinang






Kedai jual Jeruk Pak Ali yg dah terkenal di mana-mana ..di tepi jln pantai batu Ferringi



Pelbagai jenis jeruk ada...mcm-mcm...belilah sikit...


Kali pertama melintasi Jambatan Pulau Pinang...

Nampak Highway OK.ke arah utara.tak sesak ..tak jam ..

Jadi terus ke Kuala Kedah ...ke Langkawi

Ingin nak tengok setelah datang ke Langkawai pada tahun 1981...



Pemandangan dari Jambatan Pulau Pinang ...


Kehijauan dan kekuningan sawah padi yg cantik sepanjang
perjalanan ke Kuala Kedah ..


Tunggu feri di Pengkalan Feri di Kuala Kedah....

Menurut penjaga parking kereta di Kuala Kedah , tempat tinggal masa ni tak pasti , jadi kami booking saje lah apa yang dicadangkan oleh beliau....De Baron ...kami tak memilih sangat asal dapat tempat melelap mata dan rehat.Alhamdullilah ..dapat tempat parking kereta dgn kdr sewa RM 10/hari...



Bertolak ke Langkawi dari Kuala Kedah pukul 3.30 ptg




Pemandangan sekitar pengkalan ferinya...semasa feri bergerak ke  Langkawi


Langkawi hampir sampai ....


Pulau-pulau kecilnya dah mula nampak menghampiri jeti Kuah

Cantiknya ciptaan Allah....
" Berjalan-jalan kamu melihat kebesaran Allah ..ada dinyatakan dalam Al Quran kan "


....Setelah 37 tahun tak tengok Langkawi ...
akhirnya Allah bagi peluang tengok semula !!

Tentulah jauh beza.....Macam mana 37 tahun akan datang ?...

Dengan sewa kereta melalui perkhidmatan uber..pergi lah kami tempat penginapan tu ..hari pun dah petang dan penat.

Hari Ke 3






Hajat asal nak naik cable car ...tapi wooo ramainya pelawat
Kalau tunggu mungkin sampai petang baru dapat...
Jadi tak jadilah naik ...jln-jln ke tempat lain lah...

Waktu ptg - dapat berita cable car 'break down'...!!!


Sebelum bertolak ke tempat lain dari tapak cable car  ...


Cable Car dilihat dari tepi jalan dari tempat ini...


Laluan cable car hingga ke puncak ....


Singah di Kedai Warisan Hajjah Puteh ,
No 2, Simpang Kuala Teriang , Jln Teluk Burau Langkawi.
Tel : 017-4895089 ( En Aziz Bakar )
- Boleh tempah melalui Pos
Info drp Pamplet Produk yang diberikan....
Menjual produk berasaskan Gamat....



Kami terus bergerak ke tempat Makam Mahsuri..


Pintu masuk ke Makam Mahsuri....


Inilah Makam Mahsuri...

Di sini  banyak kedai-kedai menjual barang buat kenang-kenangan , cendermata , cenderahati ..dan rumah-rumah contoh zaman zilam..

Setelah puas melihat sana sini....kami beegerak ke arah Pantai Tanjung Rhu...


Pantau Tanjung Rhu...pasirnya memutih ...cantik....damai
memang sangat menarik di sini...


Pantai Tanjung Rhu....

Hari Ke 4


Plan balik , singah di Masjid Langkawi , Bertolak ke Jeti Kuah.
Pulangkan kereta sewa ....RM 90/hari..

Ronda-ronda di Dataran Langkawi , tempat 'helang besar" hinggap di Langkawi...



Dah puas ambik gambar,....tunggu feri pukul 12.00 tgh...

Sampai jeti Kuala Kedah sekitar pukul 2.00 ptg.

Bertolak balik , singgah kejap di Bukit Kayu Hitam    ...sekitar pukul 4.00 ptg .


Bila lagi nak ke Bukit Kayu Hitam..ni lah masenya..



Masjid Bukit Kayu Hitam


Singah di Masjid Bukit Kayu Hitam
Ambik gbr carta AJK masjidnya - buat kenang-kenangan...


Apa ni ?  Pagar yg dpt dilihat di atas bukit ..sempadan Malaysia / Thai..
Bukan pagar yg dekat ni ya....


Sekadar buat kenang-kenangan singah di Masjid Bukit Kayu Hitam


Singah gerai berhampiran masjid Bukit Kayu Hitam
Tentulah nak rase kuih-kuih area Kedah kan...Sedap !...


Singah kejap Di Komplek Bebas Cukai -di Bukit Kayu Hitam
Ini dah tak jauh dari Pintu Masuk Ke Thailand...ke depan sikit saje...


Pemandangan ditepian highway arah ke selatan dari Bukit Kayu Hitam
Banyak tempat pemandangannya memang cantik-cantik.  sawah padi memang cantikkan..

Sampai Ipoh pukul 9.30 mlm...jalan pun sesak dan jam , terpaksa bermalam di hotel budget di Ipoh.


Hari Ke 5


Pagi lepas sarapan , bertolak balik ..dan singah kejap di Muzium Geologi Ipoh.




Di dalam Muzium Geologi Ipoh...

Sampai JB sekitar pukul 7.30 mlm ...

Alhamdulilah Selamat Sampai ...khamis kerja mcm biasa.....

Pada saya apa faedah jln-jln seperti ini terutama kpd anak-anak kita  ?

- Semoga meningkatkan keimanan kita pada Allah dengan melihat kehebatannya mencipta segala yang kita lihat di mana-mana

- Satu cara meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan sebarang masalah hidup sama ada kerja , merantau dan sebagainya.

- Walaupun zmn sekarang gadjet canggih banyak hp , wsap , dll yang penting juga jangan lupa gadjet yang asas - Mulut !. Maksud saya ringan mulut untuk bertanya dlm mengatasi masalah ketika perjalanan dll

- Merancang memang bagus utk sesuatu aktiviti , tapi ada ketikanya membuat keputusan cepat dan merancang dengan cepat pun perlu jugak...



-

No comments:

Post a Comment

Info - Resipi Buat Roti

Assalammualaikum Sekdr bantu isteri dan anak nak belajar buat roti...kata org " roti pun dihujung jari kan ..." Ada pun U...